Blok Pentadbiran
![Blok Pentadbiran](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJQe_ztgomskfwvktMl15P5y7SZsdTMInf_mmllyz8NQFAUuSdq4ukJagZeJUTwuMRf7xrGKrwx9SoqLvYuYGBiUcAyhXjipauVUJdR3lczFY0bxcG8yt8rfNH0hR3kEm-vUzdt9GgRsE/s930/SMKKDSK+BLOG.jpg)
Sunday, 22 November 2015
Bengkel Frog VLE
Tarikh : 23 nov 2015 (Isnin)
Tempat :Makmal ICT, SMKKDSK
Masa :9.00 pg - 12.30 tgh.
Pengajar : Pn. Intan Maimunah
(SMK Seri Samudera)
Saturday, 21 November 2015
Hari Anugerah Kokurikulum Daerah Manjung
Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, SMKKDSK juga telah meraih kecemerlangan yang membanggakan dalam bidang kokurikulum. Sebagai menghargai jasa warga sekolah, pada tanggal 21 november 2015 SMKKDSK dijemput untuk menerima anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum dan Sukan peringkat daerah Manjung yang bertempat di UNIKL cawangan Lumut. Walaupun berada pada kedudukan ketiga, ianya tetap menjadi kejayaan yang besar bagi sekolah gred B seperti SMKKDSK.
Thursday, 19 November 2015
Selamat Bercuti
Selamat bercuti akhir tahun kepada seluruh warga SMKKDSK. Semoga segala yang baik dapat diteruskan dan ditingkatkan dalam tahun hadapan. Yang kurang baik biarlah menjadi memori dan ditinggalkan dalam tahun 2015.
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM
Warga SMKKDSK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon-calon SPM dari SMKKDSK dan juga seluruh negara. Semoga memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM seterusnya dalam kehidupan di dunia dan akhirat..
Thursday, 13 August 2015
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tarikh : 14 ogos 2015
Masa : 7.30 hingga 8.15 pagi
Tempat : Dataran SMKKDSK
Wednesday, 12 August 2015
Program Kecemerlangan PT3 dan SPM - Kelas Tambahan
Hari : Isnin hingga khamis
Masa : 2.00 hingga 3.00 petang
Tempat : Kelas dan bilik2 khas
Penglibatan : Pelajar tingkatan 3 dan 5.
Program Karnival Raya Puteri Islam Daerah Manjung
Program karnival raya
Anjuran:
Pergerakan puteri islam malaysia
Perhubungan daerah manjung
Dgn kerjasama:
Unit kokurikulum smk kdsk
Hari sabtu
Tarikh 8 ogos 2015
Tempat SMK KDSK
Masa 8.00 pagi hingga 2.30 ptg
Aturcara program :
8.00 pendaftaran
8.30 tatacara perjumpaan
9.00 taklimat hakim
9.30 taklimat peserta di lokasi pertandingan
10.00-12.00 = 7 pertandingan berjalan serentak iaitu
Pertandingan buku log
Pertandingan anyam ketupat reben
Pertandingan jahitan kemasan leher baju
Pertandingan gubahan kain
Pertandingan gubahan buah tembikai
Pertandingan memasak rendang udang
Pertandingan busana muslimah
12.00 persembahan pelajar
12.30 pengumuman keputusan & penyampaian hadiah
1.30 jamuan raya
Jemputan:
Pn hajah rokiah bt mustafa (pegawai latihan & pembangunan PPIM negeri perak)
En khairol azuan b ariffin (pengerusi majlis belia daerah manjung)
'Tuan rumah':
Pn hajah kamaliah bt ali
(Pengetua smk kdsk juga timbalan pengerusi PPIM perhubungan daerah manjung)
Saturday, 8 August 2015
Perkhemahan Perdana 2015
pada tanggal 7 Ogos 2015, SMKKDSK buat kesekian kalinya mengadakan Program Perkhemahan Perdana bagi badan-badan beruniform yang terdapat di SMKKDSK. Program yang bertempat di Kem PLKN Teluk Rubiah itu berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 7 Ogos sehingga 9 Ogos 2015. Semoga dengan penganjuran program tersebut dapat melahirkan generasi pelajar yang mempunyai jati diri yang utuh dan berani mendepani cabaran masa depan.
Thursday, 6 August 2015
Tuesday, 26 May 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015
Selamat menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 kepada semua pelajar-pelajar SMKKDSK. Semoga beroleh ketenangan dan kejayaan...
Tuesday, 21 April 2015
Perhimpunan Badan Beruniform
Hari rabu minggu ketiga setiap bulan merupakan hari perhimpunan badan beruniform. Kesemua 5 unit beruniform SMKKDSK terlibat dalam aktiviti ini iaitu pasukan kadet Polis, KRS, PBSM, Bomba dan Puteri Islam.
Friday, 17 April 2015
Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah
Pada tanggal 18 April 2015, SMKKDSK buat kali ketiga telah menjadi tuan rumah Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Manjung. Pasukan yang bertanding adalah daripada kadet PBSM, Puteri Islam dan Boys Brigade yang melibatkan 9 pasukan daripada 7 buah sekolah.
Wednesday, 15 April 2015
Salam Pengenalan
Selamat datang ke laman blog SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Semoga usaha yang tidak seberapa dalam pembinaan blog sekolah ini dapat memberi manfaat dan info berguna kepada para pengunjung. Sebarang cadangan dan pandangan untuk kebaikan bersama adalah digalakkan. Salam mesra dan terima kasih daripada kami warga SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin.
Sekian.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)