LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Kg.
Dato Seri Kamaruddin dibina pada Mac 2009 dan siap sepenuhnya pada Nov 2010.
Kontraktor yang terlibat ialah Jurujati Konsultan Sdn. Bhd Jureka Konsulting
dan DLQS. Sekolah ini terletak 4 km dari Bandar Seri Manjung dan berhampiran
dengan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Seri Manjung. Jarak sekolah in ke PPD
Manjung ialah 7 km.
Sekolah ini
mula beroperasi pada 3 Januari 2011 dengan bilangan guru seramai 28 orang dan
324 orang pelajar. Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Mohamad Nadzri B. Ibrahim.
Pada tahun pertama pembukaan, sekolah hanya menawarkan tempat kepada tingkatan 1,
2 dan 4 sahaja.Kini SMK Kg. Dato Seri Kamaruddin mempunyai 25 kelas termasuk dua kelas Pendidikan Khas dan
49 orang guru, 6 orang staf bukan akademik.
Subjek
elektif yang ditawarkan pada 2015 ialah Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
Tambahan, Prinsip Akaun, Tasawwur Islam, Perdagangan dan Pendidikan Seni.
VISI
SEKOLAH
SMK
Kg Dato’ Seri Kamaruddin,Seri Manjung
Perak komited menjadi sekolah cemerlang di negeri Perak menjelang 2017
MISI
SEKOLAH
Memberikan pendidikan berkualiti kepada semua pelajar melalui
pengajaran & pembelajaran yang sistematik ke arah membina warganegara
Malaysia yang berketrampilan.
Memastikan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan
cekap, telus dan berkesan.
Menjadikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan
selamat untuk menjamin kesejahteraan
warga sekolah
Menerapkan
semangat cinta akan sekolah yang berpaksi kepada agama, bangsa dan Negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
1.
Meningkatkan prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum demi imej
sekolah.
2.
Melahirkan murid-murid yang berwawasan dan berdayasaing ke arah mencapai
kemajuan negara.
3.
Mempertingkatkan mutu pengurusan , pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan dan teknologi.
4.
Meningkatkan disiplin, semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan semua
warga sekolah.
PIAGAM SEKOLAH
1.
Mendidik, membimbing dan membentuk untuk melahirkan
murid-murid yang berman, berakhlak dan beramal.
2.
Mengamalkan budaya kerja cemerlang yang berteraskan kerja
berpasukan.
3.
Meningkatkan
hubungan sekolah dengan masyarakat luar agar kepentingan murid-murid
diutamakan.
4.
Menyampaikan
pendidikan yang sempurna kepada semua murid sehingga mencapai 100%
kecemerlangan bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.
Menyediakan
kakitangan yang berdedikasi, komited, berdisiiplin, bertanggungjawab dan
produktif
6.
Memastikan
kebajikan dan keselamatan murid diutamakan.
LENCANA SMK KG DATO’
SERI KAMARUDDIN, SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
Lencana melambangkan hasrat dan objektif-objektif SMK
Kg. Dato’ Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak Darul Ridzuan.
Lencana ini terdiri daripada enam bahagian
1. Buku
2. Topi graduasi
3. Satelit atom
4. Bulatan perpaduan
5. Perisai
Lencana ini dihiasi dengan gabungan beberapa warna
1. Kuning
2. Biru Navy
3. Merah
Buku
Buku melambangkan sumber ilmu yang menjana ketinggian
ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam seluruh bidang kehidupan.Penerokaan ilmu
pengetahuan yang luas meliputi ilmu kemanusiaan, sains dan teknologi,
perakaunan, ICT dan lain-lain bidang.
Simbol Topi Graduasi
Lambang kejayaan yang dicapai setelah melalui proses
pembelajaran yang komited.
Simbol Sains dan Teknologi
Melambangkan kemajuan dalam bidang ini amat perlu
dikuasai oleh pelajar untuk Berjaya dalam perlumbaan mengejar kemajuan dalam
era globalisasi.
Simbol Bulatan Perpaduan
Melambangkan usaha membentuk semangat perpaduan yang
merapatkan dan menyatukan hubungan pelbagai kaum.
Simbol Perisai
Lambang kepada perjuangan dalam menuntut ilmu yang
menempuh pelbagai cabaran.Keupayaan mempertahankan diri daripada anasir-anasir
negative yang boleh merencatkan pencapaian kejayaan.
Warna
Kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja, Negara dan
Tuhan yang maha kuasa.
Biru navy melambangkan kedamaian, ketenangan yang
penting dalam kehidupan.
Merah melambangkan semangat keberanian menghadapi
cabaran hidup untuk mencapai kejayaan.
Moto Sekolah: MEMBINA GENERASI HARAPAN
Moto membawa maksud SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin Seri
Manjung sebagai institusi pendidikan berusaha dengan penuh komited untuk
membina pelajar kearah kejayaan yang lengkap meliputi bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah.Cita-cita yang tinggi menjadi harapan utama
pelajar-pelajar, guru-guru, masyarakat, bangsa dan negara.
LAGU SEKOLAH
Bergerak maju ke hadapan
Mendokong segala impian
Tingkatkan usaha capai wawasan
Menuju puncak kejayaan
Lahirkan insan yang cemerlang
Itulah menjadi pegangan
SMK Kg Dato' Seri Kamaruddin
Membina generasi harapan.
Marilah kita sempurnakan
Berusaha capai kejayaan
Buktikan kita pelajar harapan
Taat perintah Tuhan.
Bergerak maju ke hadapan
Mendokong segala impian
Tingkatkan usaha capai wawasan
Menuju puncak kejayaan
Lahirkan insan yang cemerlang
Itulah menjadi pegangan
SMK Kg Dato' Seri Kamaruddin
Membina generasi harapan.
Marilah kita sempurnakan
Berusaha capai kejayaan
Buktikan kita pelajar harapan
Taat perintah Tuhan.
BENDERA
SEKOLAH
|
|
|
Logo Sekolah
|
|
Garisan
melintang
|
|
Warna Biru
|
·
Warna
pendidikan yang melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang
·
Memupuk
semangat sentiasa bersatu padu dan bekerjasama dikalangan warga pendidik
|
Warna putih
|
·
Warna
putih juga melambangkan keutamaan nilai-nilai murni yang dipupuk dikalangan
warga sekolah SMKKDSK
|
Warna Kuning
|
·
Memberi
pengertian tentang semangat yang tidak luntur dalam kalangan guru dan pelajar
SMKKDSK
·
Kuning
melambangkan hasil perjuangan dan kecemerlangan sekolah boleh dicapai melalui
kegigihan usaha.
·
Warna kuning membawa makna tersirat
hasil perjuangan berkat ketaatan dan patuh kepada segala disiplin dan
peraturan sekolah. Ketaatan dan kepatuhan pasti akan membuahkan kecemerlangan
|
No comments:
Post a Comment